Single terbaru Deen’s khai berjudul Ayah..

  • Bagikan

Deens Khai (Profile)

Deens khai memulakan kerjaya dalam bidang seni suara sejak dibangku sekolah.
Mula serius dalam bidang seni suara selepas bakatnya dikesan oleh komposer
Rosli Ahmad dari Radical Records.Lahirnya single pertama(Berdiam Lebih Baik)
pada jan 2018.Menyusul selepas itu single kedua(Bila Tiba Masanya)pada may 2018.
Pada jul 2018 beliau melahirkan single ketiga(Mengharap Kembali)manakala pada ogos
2018 beliau lahir dengan single berirama zapin(Zapin Cinta Tersyahdu)merupakan single
keempatnya.Pada jan 2019 beliau kembali melahirkan single kelima (Benarkan Saja)kesemua
single ini adalah karya sepenuhnya Rosli Ahmad.Beliau juga melahirkan sebuah single duet
bersama seorang artis 90an Haslinda yang dulu popular dengan lagu sehati sejiwa
(Ini Cerita Cinta)Lagu oleh Rosli Ahmad Lirik oleh Andy Sulaiman.

Deens Khai juga melahirkan tiga buah lagu raya (Hening Mulia) gandingan bersama artis-artis

Radical Records.Pada raya 2019 terlahirnya (Hening Syawal)kedua-dua lagu ini karya Rosli Ahmad.
Pada raya 2019 juga terlahir sebuah lagi lagu raya karya Anwar Alberto dari AA Music Production
lagu ini beliau digandingkan bersama Arissa Band(Berhari Raya).Untuk tahun 2020 beliau melahirkan dua single dibawah AA Music Production (PASRAH) & (SYAKINA) lagu oleh Anwar Alberto lirik oleh Deens Khai. Dan untuk tahun 2021 beliau melahirkan single berjudul AYAH lagu oleh Anwar Alberto Lirik oleh Anwar Alberto & Deens Khai.
Beliau pernah terlibat untuk siaran radio Best dan Johor fm.Beliau juga pernah muncul di akhbar
Kosmo pada okt 2018.Deens juga aktif mempromosikan single-single beliau di radio online dan
media sosial.Pada Mac 2019 dan Jun 2019 beliau terlibat dengan dua konsert bersama artis-artis
Radical Records di Warisan Hall Sijangkang.

Nama penuh : Khairuddin B Abas
Nama pentas : Deens Khai
Tarikh lahir : 06 Ogos 1987
Tempat lahir : Pontian,Johor
Umur : 34
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Hobi:Menyanyi
Status : Bujang
Single terbaru: (AYAH)
ayah merupakan single ke 4 bersama AA MUSIC PRODUCTION di bawah komposer ANWAR ALBERTO.

Sebelum ini deens khai sudah mempunyai 7 single bersama RADICAL RECORD dibawah komposer Rosli Ahmad.

Penulis: ANWAR ALBERTO | KUALA LUMPUREditor: EWINN BRUSSEL PARKER
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *