Bakat Qasrina Dalam Bidang Nyanyian Sejak Kecil Lagi…

  • Bagikan

KUALA LUMPUR | MALAYSIA —  Qasrina di lahirkan tanggal 11 February 2009 di HOSPITAL KUALA LUMPUR. Kini ia berusia 11thn 11bln. Beliau tinggal di Port Dickson. Sejak kecil beliau memang minat menyanyi …. Lagu pertama yang ia menyanyi ketika 3tahun ialah lagu Nike Ardilla (Bintang Kehidupan). Saya sering membawa Qasrina menyanyi di Acara2 di DATARAN TELUK KEMANG. Setelah dia berusia 4/5 thn beliau selalu juga menyanyikan lagu dr Indonesia seperti Aku Yang Dahulu bkn Yang Sekarang (TEGAR) …. Putih Putih Melati kemudian lagu yg Mula dia dendangkang dari Malaysia seperti KESAL (Ella) Dan Sesal Separuh Nyawa (Datin ALYAH) …..

Beliau mulai memasuki pertandingan ketika berusia 8thn …. Beliau mulai bertanding di PERINGKAT SEKOLAH RENDAH …. Guru2 sekolahnya Cikgu Suardi… Cikgu Nurul Huda juga Guru Besar sekolah spt Pn Maimunah Samek juga En Helmi sering MEMBERI galakan kepadanya. Sering menjadi Juara diperingkat Daerah Dan Negeri Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Dalam tahun 2019 bln Januari saya cuba memberi laluan kepada Qasrina untuk busking di SOGO bersama SENTUHAN. Beliau lebih di kenali apabila You Tuber seperti ASAM BERGARAM Dan BUSKERS MALAYSIA memperkenalkan beliau di You Tube.

Apabila beliau berusia 10thn KEYAKINAN DIRI dan VOKAL yang lebih mantap padanya membuatkan saya memberi peluang kepada Qasrina untuk memasuki pertandingan yang berprestij. Pertandingan yang dimasukki pada tahun itu di ASTRO PRIMA dan RTM.

Di sinilah beliau lebih dikenali ramai oleh penonton di MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, BANGALADESH, AUSTRALIA dll.

Qasrina merupakan JUARA MEGASTAR BINTANG KECIL KE 33 (2019) RTM. Beliau juga adalah FINALIST CERIA MEGASTAR MINISTAR (ASTRO PRIMA).

Di sinilah bermulanya karier beliau sebagai Artis Cilik. Beliau telah di risik oleh Komposer Anwar Alberto di Port Dickson melalui seorang peminat Qasrina yang kenali sebagai Tok Wan.

Komposer Anwar Alberto telah bersetuju untuk memberi sebuah lagu untuknya.

Lagu Dan lirik hasil Ciptaan Anwar Alberto dgn Susunan Muzik oleh Wan Screen akan di Promosikan oleh Kelarai Sakti Sdn Bhd. Lagu KASIH MU IBU telah selesai rakamannya Dan Insyaalah dlm tahun ia akan di keluarkan.

Semoga ianya dipermudahkan.aminnnnnnnn

Penulis: RANK DJAMBAKSEditor: BMW
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *